In: Umum
9 Nov 2009Khalifah ‘Umar bin Abdul Aziz satu ketika menulis surat kepada seorang lelaki yang berbunyi:
“Aku mewasiatkan kamu supaya bertaqwa kepada Allah Taala yang tidak menerima yang selain daripadanya (taqwa); dan tidak mengasihi kecuali ahlinya (yang melazimi taqwa); dan tidak mengganjari kecuali ke atasnya (orang yang sentiasa bertaqwa). Sesungguhnya orang-orang yang memberi pesan dengannya (iaitu menyuruh orang bertaqwa) ramai; (tetapi) yang beramal dengannya (taqwa) sedikit.”
"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa dan pencerobohan.."
(Al-Maidah 5:2)