6 Hari Lagi – Untuk Yang Tidak Pergi Haji Juga

In: Umum

21 Nov 2009
Source: alqamardesigns.files.wordpress.com

Source: alqamardesigns.files.wordpress.com

1. Allah Taala Maha Kaya. Memberikan kelebihan kepada seluruh umat Islam. Yang mendapat peluang dan mengambil peluang menunaikan ibadah haji sudah tentu mendapat kelebihan besar dalam bulan-bulan haji (asyhur al-hajj) ini; tetapi umat yang tidak berkesempatan juga dilimpahkan dengan peluang yang besar.

2. Besarnya ganjaran Allah, luasnya pintu rahmat dan pengampunan Allah pada 10 hari awal Dzulhjjah ini disumpahkan oleh Allah Taala dalam al-Quran. Selain daripada Ramadhan al-Mubarak, inilah peluang kedua mengejar keampunan Allah.

89_002

Dan demi malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah (Surah al-Fajr: Ayat 2)

Para ulama’ berijma’ bahawa sepuluh malam dalam ayat ini adalah 10 yang awal daripada bulan Dzulhijjah dan sumpah Allah Taala ini menunjukkan keutamaan hari-hari tersebut.

3. Para ahli tafsir juga mentafsirkan perintah Allah di atas lisan Nabi Ibrahim AS untuk menunaikan ibadah haji sebagai keutamaan 10 hari awal daripada bulan Dzhulhijjah. Firman Allah dalam surah al-Hajj, ayat 27-28:

22_027

Dan serulah umat manusia untuk Haji, mereka akan datang ke rumah Tuhanmu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta, yang datangnya dari berbagai jalan dan ceruk rantau yang jauh.

22_028

Supaya mereka menyaksikan berbagai faedah bagi mereka, serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, atas kurniaan-Nya kepada mereka dari binatang ternak; maka makanlah kamu darinya dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir.

Ibnu Kathir menyebutkan dalam tafsirnya bahawa diriwayatkan daripada Saidina Abdullah bin Abbas RA bahawa yang dimaksudkan dengan hari-hari tertentu itu adalah hari-hari sepuluh awal daripada bulan Dzulhijjah.

4. Rasulullah SAW menzahirkan keutamaan hari-hari ini seperti diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah RA bahawa Baginda SAW bersabda:

أفضل أيام الدنيا أيام العشر

Seutama-utama hari-hari di dunia adalah hari-hari sepuluh (dari Dzulhijjah).

5. Hari-hari ini adalah hari yang dianjurkan diperbanyakkan amalan kebajikan. Rasulullah SAW bersabda:

ما من أيام العمل الصالح فيهن أحب إلى الله من هذه الأيام العشر) قالوا : يا رسول الله : ولا الجهاد في سبيل الله) قال : (ولا الجهاد في سبيل الله إلا رجل خرج بنفسه وماله ولم يرجع من ذلك بشيء)

Tidaklah ada mana-mana hari yang amalan soleh padanya lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari sepuluh (daripada Dzulhijjah). Sahabat bertanya: Ya Rasulullah! Juga melebihi jihad di jalan Allah. Jawab Baginda SAW: Juga jihad di jalan Allah kecuali seseorang yang keluar berjihad dengan dirinya dan hartanya dan dia tidak lagi kembali daripadanya dengan sesuatu (iaitu Syahid).
(Hadith riwayat al-Bukhari)

6. Dalam hadith yang lain Nabi SAW menggalakkan supaya diperbanyakkan zikir pada hari-hari ini:

ما من أيام أعظم عند الله ولا أحب من العمل من هذه الأيام العشر فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد

Tidak ada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan tiada amalan lebih dicintai daripada hari-hari yang sepuluh ini. Maka banyakkanlah dalam hari-hari ini tahlil, takbir dan tahmid.

Jangan lepaskan peluang yang Allah Taala berikan ini…

Comment Form

Mutiara Kata

"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa dan pencerobohan.."
(Al-Maidah 5:2)

  • Azhar saud: A'kum. Masih ingat kt ana. Azhar..mantan K.Penrangan DPP Perak.Ana akan bersara pilihan pd 1/1/10 n [...]
  • atika saif: salam ustaz... harap ustaz boleh menolong sy dlm menjelaskan pendapat2 yang menyokong dan menolak B [...]
  • Nazri Chik: Salaam Tuan Haji, Mungkin tuan haji boleh share tips jaga kesihatan ni terutama org kerja pejabat [...]
  • Nazri Chik: Salaam Amri, Aliran sungai tu telah lesu sejak Stesen Janakuasa Elektrik Sultan Mahmud (Empangan [...]
  • amri: salam Ustaz Pertengahan tahun lepas melawat ganu , memang agak lesu aliran sungai KT tu [...]

My Beloved Wife’s

c0227

RSS My's Weblog

  • The Time
    Peringatan buat diri sendiri agar mengisi masa dengan sebaik2nya agar tidak tergolong dalam golongan orang2 yang rugi. Pimpinlah kami Ya Allah.... […]

MESSAGES


ShoutMix chat widget

Prayer Time Dubai

Prayer Time Kuala Lumpur